aku duduk dengan pak aku dari form 1 sampai form 5 di Dengkil Selangor.Rumag Paklang aku ni dekat Kampung Tok Aminuddin Batu 2 setengah.majoriti penduduknya adalah melayu.Satu perkara yang buat aku kagum bila kat kampung ialah bila ada majlis kenduri ke, tahlil ke orang kampung tak akan terlepas untuk menghadirinya.tidak seperti kebanyakan kawasan bandar yang lain, susah untuk jumpa situasi seperti ni.kebanyakan orang lebih suka mengelak dari menghadiri majlis2 seperti ni.
Apabila ada yang ingin mengadakan majlis tahlil sebagai contoh,selalunya akan ada wakil untuk menjemput tetamu datang ke rumah.Selalunye yang menjemput ni orang yang otai-otai je. Baru la orang rasa bersalah kalau tak datang.kalau suruh budak budak yang jemput nanti tetamu pikir ape pulak kan." bang, saya wakilkan sipolan menjemput abang datang rumah selepas isya malam ni tuk tahlil" tu ayat biasa yang agak rasmi digunakan si wakil ni.Jadi seperti yang dijanjikan biasanya aku lah yang akan mewakili paklang aku untuk ke majlis tahlil tersebut.biasa nya aku akan sampai awal skit sebab biasanya siapa yang lambat sampai kene salam lagi ramai orang.kalau sampai last sekali lagi masak,pukul keliling la jawabnya.
Lepas satu satu tetamu datang ke rumah,dari yang kecil sampai la yang veteran. Semestinya setiap keluarga yang ada kat kampung tu mesti hadir,setidak tidaknya mereka akan hantar wakil(biasanya anak2 lelaki).Impaknya disini,setiap keluarga di kampung ini akan saling berhubung dan lebih erat silaturrahimnya kerana inilah masanya mereka berkumpul selain dari kunjung mengunjung ketika hari raya sahaja.
Tapi sekarang, Kg Tok Aminuddin dah 80% hilang dek arus pembangunan di sekitarnya untuk memberi laluan kepada pembinaan highway yang menghubungkan salak ke cyberjaya..
rindu siot nak balik ke sana.....






